IPS berdiri di atas kewujudan dan penerusan ahli-ahlinya di dalam organisasi. Di samping Mesyuarat Agung yang diadakan setiap tahun atau mengikut permintaan yang dibenarkan dalam Perlembagaan IPS, IPS terdiri daripada Penaung, Majlis Penasihat, Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Urus Setia yang mempunyai peranannya yang tersendiri.
Majlis Tertinggi IPS 2026-2028 ditubuhkan hasil keputusan Mesyuarat Agung pada 31 Januari 2026. Penggal Majlis Tertinggi ini akan berakhir pada 30 Jun 2028 atau pada hari Mesyuarat Agung diadakan pada tahun pemilihan (2028), mana-mana yang terdahulu.
Badan tertinggi yang bersidang setiap tahun dan mengikut keperluan untuk menentukan dasar dan hala tuju Penulis Sabah dan Ikatannya serta mengukuhkan kedudukan kedua-duanya di persada negara dan duniaa. Mohd Azren Mohd Zakri merupakan pengerusinya sejak 1 Ogos 2026.
Simbol kepada kedudukan IPS sebagai salah sebuah organisasi yang menggerakkan dan memperjuangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah dan simbol kepada kedudukan penulis Sabah sebagai penyumbang langsung dan tidak langsung kepada pembangunan modal insan Sabah dalam Malaysia.
Pihak berkuasa IPS yang memberi cadangan, nasihat dan saranan kepada Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi. Hasyuda Abadi merupakan pengerusinya sejak 20 Mac 2019.
Pihak berkuasa IPS yang memegang kata putus bagi semua perkara yang berkaitan dan bersampingan dengan IPS ketika ketiadaan Mesyuarat Agung. Awang Abdul Muizz Awang Marusin merupakan Ketua Satu dan pengerusi bagi Majlis Tertinggi ini sejak 6 Februari 2022.
Jawatankuasa para Juruaudit Dalaman IPS yang memeriksa, mengesahkan dan mencadangkan penambahbaikan terhadap kewangan IPS. Syahfierah Haji Sukor merupakan pengerusinya sejak 1 Ogos 2026.
Pihak berkuasa IPS yang melaksanakan pendisiplinan ahli menurut Perlembagaan IPS dan ketika ketiadaan Mesyuarat Agung. Hassan Jaidin merupakan pengerusinya sejak 11 Januari 2025.
Pihak berkuasa IPS yang menjalankan keputusan dan permintaan Mesyuarat Agung, Majlis Penasihat dan Jawatankuasa menerusi penjalanan IPS di luar daerah ibu pejabat, perwakilan IPS di luar negeri Sabah dan fungsi-fungsi yang memberi nilai tambah kepada bidang-bidang yang dipelopori oleh IPS. Ketua Satu merangkap ketua kepada Urus Setia sejak 1 Ogos 2026, tetapi Hajah Sahara Jais terus menyandang jawatan Pengurus Besar dan ketua harian bagi IPS sejak 13 Januari 2024.