Ikatan Penulis Sabah (IPS) merupakan Penerbit yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sebagai yang demikian, IPS memudahcara para penulis dari kalangan ahli, kakitangan urus setia dan sahabat IPS serta pelanggan yang berurusan dengan IPS Enterprise untuk menghasilkan buku.
IPS mempunyai orang-orang sumber yang berfungsi memberikan nasihat dan saranan yang membina dan mengembangkan sesebuah manuskrip menjadi buku yang dihasratkan oleh penulis, baik manuskrip tersebut baru dirancang atau sedang ditulis. IPS Enterprise, sebagai Badan Usaha IPS, juga menyediakan perkhidmatan menyunting dan mengatur huruf manuskrip yang akan dijadikan buku serta percetakan buku yang telah siap ditulis, disemak, disunting dan dibuat aturan huruf.
Semua buku yang diterbitkan menggunakan label IPS didaftarkan dengan PNM oleh IPS, diberikan nombor ISBN dan data pengkatalogan-dalam-penerbitan (dalam bentuk kod QR) oleh PNM.
Penyelenggara: Panji Pratama, Sahyuddin, Dadan Maulana Ramdhan, Syaeful Hikmat Nugraha, Fatwa Amalia & Siryana Nurjanah, 2026
ISBN 978-983-2372-53-0
"Saya pernah mengajar anak-anak buruh migran Indonesia di pedalaman Sabah, Malaysia, dan menjadi saksi perjuangan mereka bersekolah di tengah keterbatasan. Dari ruang belajar sederhana hingga gubuk di perkebunan sawit, mereka belajar dengan tekad luar biasa untuk mengenal tanah air yang sebagian bahkan belum pernah mereka injak. Wajah-wajah seperti Ella, Hanan, dan Senja menggambarkan semangat anak bangsa yang berjuang bukan hanya demi nilai, tetapi demi harapan. Misi saya adalah mengindonesiakan mereka kembali, menanamkan cinta tanah air, dan membantu mereka “pulang” dalam semangat dan cita-cita. Setiap senyum mereka menyimpan kisah rindu, keteguhan, dan cinta pada sebuah negeri yang mereka panggil rumah “Indonesia”. Salut dan respek pada penulis atas dedikasi dan juga kepiawaiannya merangkum saksi sejarah mereka." (Sukamto Prasetyo, bekas guru Indonesia di Sabah, Malaysia dan penulis buku)
Penyelenggara: Jimran Matkahar & Wong Jinq Chinn, 2026
ISBN 978-983-2372-54-7
Antologi Puisi “Nyala Rasa di Hujung Lumpur” tampil sebagai usaha mempertautkan dua suara yang tidak terpisah dalam ekosistem pendidikan: suara guru yang sarat pengalaman dan kebijaksanaan, serta suara murid yang segar dengan kejujuran dan kekaguman. Pertemuan dua sisi ini melahirkan gema makna yang mendalam tentang erti perguruan, yakni satu perjuangan yang tidak menuntut balasan, tetapi meninggalkan sinar pada kehidupan insan lain.
Penyelenggara: Ruhana Venel Natasha Nasir, 2026
ISBN 978-983-2372-55-4
Semua orang berpeluang untuk mencipta dan menggapai masa hadapan. Tiada siapa yang patut dinafikan daripadanya, terlebih anak pedalaman. Sebabnya, mereka tetaplah sebahagian daripada perjalanan dan perjuangan tanah air dan masyarakat mencipta dan mengekalkan keamanan dan kemakmuran untuk dirinya dan orang-orang di sekelilingnya. “Titi Harapan” hendak menyatakan kepada bangsa, negara dan dunia bahawa Beluran sentiasa ada harapan dan masa hadapan.
Penyelenggara: Izwan Fikri Amri & Fatin Najla Omar, 2026
ISBN 978-983-2372-56-1
Antologi puisi ini merupakan sebuah karya yang ditulis oleh para mahasiswa Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah yang diundang oleh Ikatan Penulis Sabah untuk menyertai dan menjayakan program “Lentera Puisi” di Dangau Sastera, Sepanggar, Kota Kinabalu pada 25 Oktober 2025. Antologi puisi ini diberi judul “Rumah Berdinding Rapuh” untuk menggambarkan tempat berteduh seseorang dan keluarganya yang tidak selalu kukuh. Kerana binaannya yang mudah rapuh dan kedudukan ekonomi penghuninya yang tidak utuh, bila-bila masa sahaja rumah mereka boleh runtuh, lalu dipalu badai yang menabuh.
Penyelenggara: Awang Abdul Muizz Awang Marusin & M. Arman Mualam, 2026
ISBN 978-983-2372-57-8
Hari pertama di bengkel sangat mencabar. Nazim hampir berputus asa kerana latihan kemahiran itu sukar, namun semangatnya dikuatkan oleh sokongan sahabat, keluarga dan buah hati yang sentiasa percaya akan kebolehannya. Seperti kata pepatah Melayu, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih."
Penyelenggara: Fauziah Moksin, 2026
ISBN 978-983-2372-58-5
Bila angin monsun datang, jangan sekadar tutup jendela sahaja. Tadah telinga dan ucaplah zikir sebab angin itu selalu membawa pesan Tuhan kepada hambanya yang sudi mendengar.
Penyelenggara: Panji Pratama, Nugroho Prima Indra Jaya, Arsyad & Awang Abdul Muizz Awang Marusin, 2026
ISBN 978-983-2372-59-2
Across ASEAN, education is evolving rapidly in response to digital transformation, social inclusivity and environmental sustainability. The call for collaborative innovation is, therefore, timely and urgent. It urges educators, writers and policymakers to rethink how knowledge can be co-created and shared equitably, ensuring that no learner is left behind. As Malaysia assumes the ASEAN Chairmanship in 2025, it carries the responsibility of promoting inclusive, sustainable and collaborative education as a pillar of regional resilience. Under Malaysia’s stewardship, ASEAN aims to strengthen educational networks, empower young people with future-ready skills, and reinforce cultural literacy as a foundation for peace and mutual understanding. These aspirations align closely with the values we uphold in Sabah, of diversity, cooperation and community-driven growth.
Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Nazmie Daniel Mohammad Fauzie & Danish Isaac Daniel Hakimi Jallih, 2026
eISBN 978-983-2372-60-8
Kita selalu berfikir bahawa penulisan hanya datang dengan cara menulis. Kita terlupa bahawa penulisan datangnya daripada kata-kata dan isyarat yang mewakilinya. “Cerita dari Beluran” bunyinya serupa dengan “Cerita dari Blora” tetapi berbeza tempat, suasana dan makna. Jika “Cerita dari Blora” menghimpunkan cerpen yang berlatarkan pergolakan era revolusi dan penjajahan, “Cerita dari Beluran” menghimpunkan dokumentari dan memoir yang merakamkan peristiwa sebenar sepanjang tiga hari perjalanan kami, rombongan Ikatan Penulis Sabah, dari Kota Kinabalu ke Beluran melalui Sandakan.
Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Mohammad Nazri Muhammad Saufi & Ahmad Mouiez Sharudin, 2026
eISBN 978-983-2372-61-5
Tidak akan ada jalan yang hilang kerana ditelan malam. Tidak akan ada hari yang sirna kerana awan mendung yang membawa kelam. Tidak akan ada doa yang tidak dikembalikan setelah terlebih dahulu dilangitkan. Tidak akan ada pula siapa pun yang menjatuhkan kita walaupun kita berjuang bersendirian. Dengan “Yakin”, kita jalani segalanya. Bagi diri penulis, “Yakin” bukan sahaja menjadi sebab kami menemuinya di halaman Darussalam Gontor, tetapi juga menjadi sebab kepada terbitnya catatan-catatan yang terdapat dalam buku ini.
Jakaria Dasan, 2026
eISBN 978-983-2372-62-2
Set against the suffocating tension of the pandemic, “The Combiron Conspiracy: The Journalist and The Healer” plunges into a high-stake battle between corporate greed and moral integrity. When pharmaceutical giants MEDEX and Sine Corporation collude with ambitious politicians to fast-track Combiron, a lethal antiviral drug masking catastrophic trial results, Dr. Nabila Shah refuses to stay silent. As a dedicated researcher, she discovers that behind the promised miracle lies a grim ledger of fatal haemorrhages and offshore bribes.