Ahli

Tuan/Puan dijemput menyertai IPS. Daftar sekarang.

Kepada tuan/puan yang belum menjadi Ahli

Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengalu-alukan kesudian tuan/puan untuk menjadi Ahli IPS. Keahlian tuan/puan bukan sahaja memberi manfaat kepada tuan/puan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya tempatan, tetapi juga memberi manfaat kepada IPS, terutamanya dalam usaha untuk memastikan bahasa, sastera dan budaya tempatan kekal mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia di negeri Sabah.

Kepada tuan/puan yang masih menjadi Ahli

IPS turut mengalu-alukan Ahli yang sedia ada untuk mengemaskini keahlian dengan mengisi semula borang keahlian. Maklumat baru yang Ahli kemaskini menerusi borang ini akan dikemaskini kelak oleh Jawatankuasa.

Jenis keahlian

IPS mempunyai tiga jenis keahlian:

  • Ahli Kehormat yang dilantik oleh Mesyuarat Agung bagi setiap penggal Jawatankuasa dari kalangan Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup dan berperanan menjadi penasihat kepada IPS, Jawatankuasanya dan Ahli-ahlinya.

  • Ahli Seumur Hidup yang berumur 18 tahun ke atas, warga negara Malaysia yang berasal dari atau menetap di negeri Sabah, mendaftar sekali untuk seumur hidup dengan IPS dan membayar yuran keahlian sebanyak RM 150.00.

  • Ahli Biasa yang berumur 18 tahun ke atas, warga negara Malaysia yang berasal dari atau menetap di negeri Sabah, mendaftar secara tahunan dengan IPS, membayar yuran masuk sebanyak RM 10.00 setelah kemasukannya dan RM 10.00 lagi yuran keahlian setiap tahun.

Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa selanjutnya dapat membeli kad keahlian daripada Jawatankuasa dengan harga RM 35.00.