Ikatan Penulis Sabah (IPS) komited membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah di peringkat akar umbi. Rentetan daripada itu, IPS turut komited menterjemahkan kepercayaan masyarakat dengan melaksanakan dan menjayakan bengkel dan seminar sastera untuk golongan yang disasarkan.
Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Rendah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022. 15 Julai 2022. Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1, Sandakan. Bengkel ini turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP Sabah).
Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Menengah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022. 16 Julai 2022. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran, Sandakan. Bengkel ini mendapat kerjasama daripada DBP Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan serta melibatkan tiga buah sekolah menengah bawah PPD Sandakan, iaitu SMK Libaran, SMK Elopura dan SMK Gum-Gum.
Bengkel Penghakiman Pantun. 5 Ogos 2022. Sudut Penulis, DBP Sabah, Kota Kinabalu. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan DBP Sabah bertindak sebagai penganjur utama dan bersama.
Bengkel Penulisan Kreatif. 6 Disember 2022. SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Pusat Sumber peringkat sekolah.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada berhasilnya antologi puisi dan cerpen "Tirai Senja" yang dihasilkan oleh 11 orang pelajar sekolah ini dan diselenggara oleh Ketua Dua IPS, Fauziah Moksin.
Bengkel Kewartawanan. 7 Disember 2022. SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Pusat Sumber peringkat sekolah.
Bengkel Penulisan Puisi. 17 Ogos 2023. Sekolah Menengah St. John, Beaufort. Bengkel ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada berhasilnya antologi puisi "Tekad Perpaduan" yang dihasilkan oleh 45 orang penulis dari kalangan guru, kakitangan pelaksana dan pelajar sekolah ini dan diselenggarakan oleh salah seorang pentadbir sekolah tersebut, Jimran Matkahar.
Program Pemekaran Pantun. 8 September 2023. Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). Kursus jangka pendek berdurasi setengah hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Sepanggar Berpantun yang digerakkan bersama oleh ILPKK, IPS dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA). Tiga buah sekolah di kawasan Parlimen Sepanggar telah dilibatkan, iaitu SMK Bandaraya, SMK Inanam dan SMK Tebobon.
Bengkel Pengkarya Muda. 28 Oktober 2023. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada berhasilnya antologi cerpen "Nazhan dan Puteri Bimasaga yang Hilang Ingatan" yang dihasilkan oleh 13 orang Karyawan Muda sekolah ini dan diselenggarakan oleh guru bahasa Melayu sekolah tersebut, Kamariah Abu Bakar.
Program Pengembangan Pantun Sepanggar. 6 Jun 2024. Sudut Penulis, DBP Sabah, Kota Kinabalu. Kursus jangka pendek berdurasi sehari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Sepanggar Berpantun yang digerakkan bersama oleh ILPKK, IPS dan RuPHA. Program yang mendapat sokongan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), DBP, Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah ini menyaksikan penyertaan daripada JKKN sendiri, ILPKK, DBP dan IPS.
Bengkel Penulisan Bahasa Melayu. 26 Jun 2024. Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Bengkel Penulisan Cerpen dan Puisi. 27 Julai 2024. Sekolah Menengah St. Peter Telipok, Kota Kinabalu.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada berhasilnya antologi puisi dan cerpen "Nafas Perjuangan" yang dihasilkan oleh 26 orang guru dan pelajar sekolah ini dan diselenggara oleh guru Bahasa Melayu sekolah ini, Kamisah Mohd Khamis.
Bengkel Penulisan Puisi. 31 Julai 2024. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Paul, Beaufort.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada berhasilnya antologi puisi "Demi Sebuah Masa Hadapan" yang dihasilkan oleh 29 orang guru dan pelajar sekolah ini dan diselenggara oleh Ketua Bidang Bahasa sekolah ini, Dr. Rohani Marasan dan guru Bahasa Melayu sekolah ini, Noorazurah Sulaiman.
Empat siri Apresiasi "Sepanggar Membaca" di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, yakni pada 26 September 2024, 19 Oktober 2024, 21 November 2024 dan 2 Mei 2025.
Kejayaan terbesar daripada usaha ini ialah penerbita antologi puisi "Kemalam" yang dihasilkan oleh 69 orang guru dan pelajar sekolah ini dan diselenggara oleh Kepala Sekolah, Sahyuddin dan dua orang guru beliau, Dr. Panji Pratama dan Dadan Maulana Ramdhan. Oleh kerana buku tersebut karya warga negara Indonesia, buku tersebut telah "dipulangkan" ke Indonesia melalui siri-siri sosialisasi yang diadakan di Kota Kinabalu, Jakarta dan Samarinda sejak awal tahun 2025, termasuk dengan Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah Indonesia (di Kota Kinabalu pada 28 Januari 2025) dan Kepala, Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia (di Jakarta pada 5 Februari 2025).
Bengkel Penulisan Puisi. 17 Julai 2025. Sekolah Menengah Kebangsaan Kimanis, Membakut.
Bengkel Penulisan Kreatif. 23 Julai 2025. Sekolah Menengah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom.
Ada hasrat untuk ikut membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya kita, orang Sabah? Hubungi kami. IPS bukan sahaja organisasi yang menulis dan menerbitkan karya, tetapi juga organisasi yang membina dan mengembangkan nama baik bangsa dan negara menerusi kepelbagaian bahasa, sastera dan budaya. Mari jayakannya bersama barisan jurulatih dan orang sumber (seperti tetapi tidak terhad kepada mereka yang disenaraikan di bawah) yang lahir dari 'kilang' IPS untuk bangsa dan negara.
Hasyuda Abadi
Puisi, cerpen, drama, teater dan esei kritikan sastera
Sahara Jais
Puisi
Rem Dambul
Puisi, esei kritikan sastera, penulisan akademik, seni visual dan etnisiti Dusun Bunduliwan
Sifuart
Drama, filem, teater, seni visual dan pengacaraan majlis
Abd. Naddin Shaiddin
Puisi, penulisan kewartawanan dan fotografi
Mabulmaddin Shaiddin
Puisi, cerpen, novel dan etnisiti Iranun
Norawi Hj. Kata
Puisi, cerpen, esei kritikan sastera dan etnisiti Bajau Samah
Juilis Mokujal
Bahasa Melayu untuk murid sekolah menengah
Ony Latifah Osman
Puisi, penulisan Jawi, kraftangan dan etnisiti Dusun Kimaragang
Azridah P.S. Abadi
Cerpen dan bahasa Melayu untuk sekolah rendah
Fauziah Moksin
Pantun, syair dan bahasa Melayu untuk sekolah menengah
Gaza HS
Fotografi dan identiti etnik Suang Lotud
Rafi Harumin
Puisi dan cerpen
Awang Abdul Muizz Awang Marusin
Puisi, cerpen, nasyid dan penulisan Jawi
W. Azzuar
Puisi, cerpen, novel