Perlembagaan merupakan dokumen perundangan yang dikehendaki menurut Seksyen 7(3)(e), Akta Pertubuhan 1966 bagi melambangkan penubuhan dan penerusan IPS. Perlembagaan IPS yang sedang berkuat kuasa telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung IPS pada 31 Januari 2026 dan Pendaftar Pertubuhan pada 22 April 2026.
Selain menjadi asas kepada penubuhan dan penerusan IPS, Perlembagaan IPS berfungsi mewujudkan dokumen perundangan subsidiari bagi mengawal pentadbiran dan penjalanan IPS.