Majalah Komposisi merupakan majalah bertemakan bahasa, sastera dan budaya yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS). Majalah yang memuatkan penulisan-penulisan kewartawanan, kesusasteraan dan akademik ini bertujuan menggalakkan para penulis Sabah untuk melontarkan pemikiran dan pandangan mengenai isu-isu semasa dan memberi peluang kepada para penulis Sabah, khususnya ahli-ahli IPS, untuk menyumbang karya-karya sastera yang lebih segar, mesra pembaca dan layak meraih pengiktirafan yang bersesuaian pada masa hadapan.
Majalah ini telah mendapat kelulusan daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk diterbitkan secara dalam talian dengan e-ISSN 2976-2979. Mulai 1 Januari 2023, majalah ini akan diterbitkan lima kali setahun. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Urus Setia IPS menerusi e-mel di alamat admin<at>ikatanpenulissabah<dot>org.
Edisi 1/2026
Telah diterbitkan pada 18 Februari 2026
Sorotan utama:
Kerana pemuda... penulis Sabah beruntung sesungguhnya
Hari Bandar Raya jadi medan muhasabah
Memasang "Telinga yang Tidak Terjual di Bursa Saham" dari sudut pandang seberang
Sidang Redaksi Majalah:
Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Ketua
Muhammad Faizhaziq Mohd Sarizam
Charmille Pearl Cyle Chan
Edisi seterusnya dijadualkan penerbitannya seperti berikut:
Edisi 2/2026 - bulan April 2026
Edisi 3/2026 - bulan Jun 2026
Edisi 4/2026 - bulan September 2026
Edisi 5/2026 - bulan November 2026
Edisi 1/2027 - bulan Februari 2027
Tertakluk kepada perubahan yang akan dilakukan kemudian oleh Pengarang Eksekutif atau Sidang Redaksi Majalah.