Mesyuarat Agung akan bersidang semula pada 1 Ogos 2026 sebagai Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Sebagai organisasi tertinggi dalam Ikatan, Mesyuarat Agung bertemu setahun sekali dan apabila dipanggil secara luar biasa menurut Perlembagaan ini untuk menerima dan mengesahkan kedudukan pentadbiran dan kewangan Ikatan, mendengar dan membahaskan Ucapan Dasar Ketua Satu, serta memutuskan perkara-perkara yang berada dalam kewenangannya dan semua organisasi Ikatan yang membawahinya. Sebelum 22 April 2026, Ketua Satu dan Setiausaha Satu masing-masing merupakan pengerusi dan setiausaha Mesyuarat Agung.
Mulai 22 April 2026, jawatan Pengerusi Mesyuarat Agung diwujudkan di bawah Fasal 16(1), Perlembagaan IPS untuk membolehkan Mesyuarat Agung menjalankan pentadbirannya sendiri berdasarkan nasihat dan petunjuk daripada Ketua Satu dan Majlis Tertinggi ketika ketiadaan Mesyuarat Agung. Oleh hal yang demikian, Ketua Satu dikehendaki memimpin pemilihan penyandang jawatan tersebut pada permulaan Mesyuarat Agung tersebut disidangkan pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditentukan. Setiausaha Satu, walau bagaimanapun, kekal sebagai setiausaha Mesyuarat Agung menurut Fasal 18(3)(h), Perlembagaan IPS.