Puisi Adalah...
Apresiasi • Sayembara • Antologi • Wacana
Apresiasi • Sayembara • Antologi • Wacana
"Puisi Adalah..." (PAL) sudah menjadi inisiatif Ikatan Penulis Sabah (IPS) ketika Hasyuda Abadi masih lagi Ketua Satunya, tepatnya pada tahun 2017 dan 2018. Malah, inisiatif ini pernah mendapat dukungan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta beberapa buah organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Melihat kepada mustahaknya IPS menghidupkan inisiatif yang boleh dijadikan imej dan identitinya, maka mulai tahun 2023, inisiatif PAL diperkenalkan semula.
Panitia Penyelenggara "Puisi Adalah..." telah berjaya melaksanakan lima siri Apresiasi "Puisi Adalah..." melibatkan ratusan orang peserta di Kota Kinabalu, Membakut dan Tenom.
Khamis, 16 Januari 2025, pukul 2.00 petang di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Kota Kinabalu; sebagai Apresiasi "Melukis Senja" sempena Minggu Silaturrahim Pelajar Baharu Ambilan Sesi 1/2025.
Rabu, 29 Januari 2025, pukul 8.30 pagi di Dangau Sastera; sempena Program Iqra' Generasi Rabbani.
Khamis, 17 Julai 2025, pukul 1.30 tengah hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kimanis, Membakut; sebagai Bengkel Penulisan Kreatif.
Rabu, 23 Julai 2025, pukul 8.00 pagi di SMK Chinta Mata, Tenom; sebagai Bengkel Penulisan Kreatif sempena Minggu Bahasa.
Khamis, 4 September 2025, pukul 9.30 pagi di ILPKK (kemudian dikenali sebagai Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia Kampus Kota Kinabalu atau ADTEC JTM KK); sebagai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2025 Peringkat ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu dan Apresiasi "Puisi Adalah..." sempena Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia 2025.
Panitia Penyelenggara "Puisi Adalah..." telah berjaya melaksanakan lapan siri Apresiasi "Puisi Adalah..." melibatkan ratusan orang peserta di Kota Kinabalu dan Beaufort.
Rabu, 5 Jun 2024, pukul 2.00 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Beaufort; sempena Bengkel Penulisan Puisi 2.0 bersama Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi.
Khamis, 13 Jun 2024, pukul 2.00 petang di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Kota Kinabalu; sempena Majlis Pelancaran Inisiatif "Melukis Senja".
Ahad, 14 Julai 2024, pukul 11.00 pagi di RuPHA; khas bersama Bunda Anie dari Singapura.
Sabtu, 27 Julai 2024, pukul 8.00 pagi di SMK St. Peter Telipok, Kota Kinabalu; sempena Bengkel Penulisan Cerpen dan Puisi.
Selasa, 31 Julai 2024, pukul 7.30 pagi di SMK St. Paul, Beaufort, sempena Bengkel Penulisan Puisi bersama Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi.
Ahad, 8 September 2024, pukul 2.00 petang di RuPHA. Edisi Bulan Kebangsaan.
Khamis, 26 September 2024, pukul 1.30 tengah hari di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), Sepanggar, Kota Kinabalu. Edisi Sepanggar Membaca 1/2024.
Khamis, 28 November 2024, pukul 1.30 tengah hari di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), Sepanggar, Kota Kinabalu. Edisi Sepanggar Membaca 3/2024 khas bersama Bapak Ahmadun Yosi Herfanda dari Indonesia.
Panitia Penyelenggara "Puisi Adalah..." telah berjaya melaksanakan tujuh siri Apresiasi Puisi Adalah... melibatkan ratusan orang peserta di Kota Kinabalu dan Kota Marudu.
Sabtu, 29 Julai 2023, jam 11.00 pagi di RuPHA. Edisi Julai 2023.
Ahad, 19 Ogos 2023, jam 8.30 pagi di RuPHA; sempena memuliakan kunjungan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran ke RuPHA.
Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 11.00 pagi di RuPHA. Edisi Ogos 2023.
Jumaat, 8 September 2023, jam 2.00 petang di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Kota Kinabalu; sempena Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2023 Peringkat ILPKK.
Sabtu, 16 September 2023, jam 11.00 pagi di Anjung Fikrah, Kampung Seri Aman, Kota Marudu. Edisi September 2023.
Sabtu, 7 Oktober 2023, jam 8.00 pagi di RuPHA. Edisi Oktober 2023 diadakan sempena Maulidur Rasul SAW 1445 Hijri.
Ahad, 31 Disember 2023, jam 2.00 petang di RuPHA. Edisi Disember 2023.
Penyelenggara: Hasyuda Abadi, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Abd. Naddin Shaiddin, Fauziah Moksin & Sahara Jais, 2024
ISBN 978-983-2372-25-7
Panitia Penyelenggara, Sayembara “Puisi Adalah...” (PAL) telah mengambil usaha untuk menerbitkan sebanyak 57 buah puisi pilihannya hasil karya 34 orang penyair dari seluruh Malaysia. Inisiatif ini merupakan salah satu teras inisiatif atau projek PAL yang dilaksanakan oleh IPS sejak Julai 2023. Untuk siri yang pertama ini, judul antologi puisi ini, yakni “Di Gedung Suffah” diambil dari salah sebuah tajuk puisi yang terdapat dalam buku ini. Selagi masih ada ruang dan peluang, kami akan bersama-sama menyemarakkan lagi kegiatan persuratan mengikut acuan tersendiri. Penerbitan buku antologi ini sangat bermakna kepada IPS dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi, khususnya para pencetus idea PAL; bahkan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada nilai tambah khazanah perbukuan sastera negara.
Penyelenggara: Hasyuda Abadi, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Abdul Naddin Shaiddin, Fauziah Moksin, Sahara Jais & Roslan Sohasto, 2025
ISBN 978-983-2372-45-5
Dengan judul “Ketika Bumi Mengangkat Doa”, antologi sajak "Puisi Adalah..." (PAL) 2.0 ini - sebagai projek PAL yang penting - dijangka terus menjadi pilihan para penulis tanah air untuk terus menempatkan karya-karya mereka. Sebanyak 54 buah puisi pelbagai tema karya 32 orang penulis prolifik yang dipilih sebagai karya-karya pilihan sepanjang bulan Ogos 2024 hingga Jun 2025.
Wacana bawah inisiatif "Puisi Adalah..." telah diadakan sempena Acara Kemuncak, Hadiah Puisi K. Bali pada 30 November 2024 di Dewan Amil Jaya, Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu.