Matlamat
Sebagai sebuah organisasi berteraskan bahasa, sastera dan budaya, IPS mempunyai harapan yang besar untuk melihat bahasa, sastera dan budaya tempatan Sabah terus mekar merentasi zaman, menjadi identiti kepada keunikan dan keindahan Malaysia di mata dunia.
Dalam erti kata yang lain, IPS ditubuhkan dengan matlamat-matlamat yang berikut:
Mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Sabah;
Menaikkan martabat bahasa dan sastera Melayu Sabah serta seni, budaya dan warisan etnik tempatan Sabah di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa;
Menggalakkan penghasilan, pengembangan dan pemasaran karya yang berunsur pembangunan insan;
Membangunkan bakat pengkarya yang berkualiti dan yang mampu memberi sumbangan kepada bangsa dan negara;
Mengadakan kerjasama dan persefahaman dengan pihak tertentu yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan kelestarian bahasa dan sastera Melayu Sabah serta seni, budaya dan warisan etnik tempatan Sabah;
Menerbitkan, mengembangkan, mementaskan dan memasarkan karya ahli Ikatan dengan kebenaran Pihak Berkuasa;
Menganjurkan bengkel, dialog, forum, mesyuarat, pameran, pertandingan, pertemuan, persidangan dan seminar yang berkaitan dengan bahasa dan sastera Melayu Sabah serta seni, budaya dan warisan etnik tempatan Sabah;
Menjaga kebajikan ahli Ikatan;
Menganjurkan kegiatan sosial untuk ahli dan bukan ahli Ikatan; dan
Menerima dan mengutip derma daripada ahli dan bukan ahli Ikatan bagi sesuatu tujuan seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dari semasa ke semasa dengan kebenaran Pihak Berkuasa.