IPS turut mempunyai sebuah Urus Setia yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahlinya yang dilantik sebagai kakitangan dan sukarelawan yang membidangi urusan-urusan tertentu dalam IPS. Urus Setia berperanan menata dan menjaga tempat urusan IPS di Kota Kinabalu, menyelaras kegiatan dengan wakil-wakil rasminya di luar Kota Kinabalu dan membantu Majlis Tertinggi melaksanakan semua aktiviti tambahan yang dipeloporinya.
Kumpulan kerja ini berperanan mendukung peranan Ketua Satu yang berikut:
Mengetuai semua pegawai, ahli, kakitangan dan sukarelawan IPS.
Menjadi pusat (focal point) kepada semua jentera yang terdapat dalam IPS.
Merancang dasar dan strategi yang meningkatkan kapasiti dan kompetensi penulis Sabah.
Memimpin dan menjamin operasi harian penulis Sabah dan Ikatannya dalam semua bidang yang dipeloporinya.
Menilai metrik-metrik yang menunjukkan keberhasilan penulis Sabah dari semasa ke semasa.
Memantau perkembangan harian yang memberi kesan kepada ekonomi, politik dan sosial penulis Sabah sebagai warga negara Malaysia.
Menyelaras perkara-perkara yang tidak berada pada bidang kuasa mana-mana pegawai IPS.
Setiausaha kepada Ketua Satu
Nazmie Daniel Mohammad Fauzie
Kumpulan kerja ini berperanan mendukung peranan Ketua Dua yang berikut:
Menggantikan Ketua Satu apabila berhalangan sementara.
Membantu Ketua Satu melaksanakan peranannya apabila diperlukan.
Melaksanakan kegiatan yang merangsang bakat dan minat murid sekolah menengah dan pelajar prauniversiti.
Mendorong penghasilan karya sastera dan umum yang bermutu oleh murid sekolah menengah dan pelajar prauniversiti.
Menggalakkan lebih ramai penulis Sabah untuk bergabung secara rasmi dengan IPS.
Setiausaha kepada Ketua Dua
Nur Sofhia Anastasya
Kumpulan kerja ini berperanan:
Membantu Pengurus Besar melaksanakan operasi harian Dangau Sastera.
Membantu Ketua Satu menjalankan pengurusan acara bersama jentera, kumpulan kerja dan sahabat IPS yang terlibat.
Menawarkan khidmat sokongan yang bersesuaian kepada Sasterawan Negeri Sabah yang menganggotai IPS.
Selain menempatkan Pejabat Sasterawan Negeri Sabah Ketiga dan pejabat urusan IPS, Dangau Sastera merupakan pusat pengajian al-Quran untuk kanak-kanak, remaja dan wanita dewasa dari sekitar kawasan Parlimen Sepanggar (melalui Rumah Ngaji Baitul Muqaddam), perpustakaan masyarakat yang menyediakan rujukan persuratan di Sabah (melalui Pustaka Iqbal Nazim), pusat latihan kemahiran persuratan Sabah (melalui Akademi Rupha) dan pusat kegiatan persuratan dan kemasyarakatan di Sabah (melalui Dewan Terbukanya).
Setiausaha kepada Pengurus Besar
Suraya Matlin
Setiausaha kepada Sasterawan Negeri Sabah Kedua
Kathirina Susanna Tati
Setiausaha kepada Sasterawan Negeri Sabah Ketiga
Muhammad Yazin Rosman
Kumpulan kerja ini berperanan menyemak dan menentu sahkan secara berkala akaun dan penyata kewangan IPS.
Juruaudit Dalaman
Mohammad Syafiq Amir
Syahfierah Haji Sukor
Kumpulan kerja ini berperanan:
Menyelaras khidmat pengurusan IPS.
Melaksanakan khidmat keurussetiaan untuk Majlis Tertinggi IPS dan semua kumpulan kerja bertaraf Jawatankuasa dan Jawatankuasa Kecil yang berada di bawahnya.
Membantu Setiausaha Satu, Bendahari dan Ketua Penerangan melaksanakan peranan mereka masing-masing.
Setiausaha Bahagian
Kosong (sementara dijalankan fungsinya oleh Datu Q Endra Iskandarsyah Mazlansah)
Kumpulan kerja ini berperanan:
Melaksanakan khidmat keurussetiaan kepada Majlis Penasihat dan Lembaga Disiplin.
Membantu pemimpin dan ahli Majlis Penasihat dan Lembaga Disiplin melaksanakan peranannya mengikut peruntukan Perlembagaan IPS dan kegiatan yang diinisiatifkan sendiri oleh mereka sebagai ahli IPS.
Setiausaha Bahagian dan Setiausaha, Majlis Penasihat
Juliah Haji Matnoor
Setiausaha, Lembaga Disiplin
Melor Haji Hussin
Penolong Setiausaha, Majlis Penasihat
Saiful Arif Shamsul Ikram
Kumpulan kerja ini berperanan:
Menggalakkan pendidikan, latihan dan pembangunan kompetensi dalam pelbagai bidang, melangkaui bidang persuratan, yang bersesuaian untuk pegawai, ahli, kakitangan, sukarelawan, sahabat dan pelanggan IPS.
Merangsang kerjasama IPS dengan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang terlibat dalam bidang pendidikan dan sumber manusia serta institusi pendidikan dan latihan kemahiran awam dan swasta di dalam dan luar Sabah dan Malaysia dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh kedua-dua pihak.
Setiausaha Bahagian
Profesor Madya Dr. Jakaria Dasan
Kumpulan kerja ini berperanan:
Mengetuai ahli, kakitangan dan sukarelawan yang tergolong dalam golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun.
Menggalakkan penglibatan belia dalam pelaksanaan kegiatan dan penghasilan karya yang menyumbang kepada pembangunan Sabah dan masyarakatnya.
Merangsang kerjasama IPS dengan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang terlibat dalam bidang ekonomi serta belia dan sukan dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh kedua-dua pihak.
Memantau gerakan keusahawanan dan koperasi yang dipelopori dan dilaksanakan oleh penulis Sabah.
Setiausaha Bahagian
Ahmad Mouiez Sharudin
Kumpulan kerja ini berperanan:
Menggalakkan pelaksanaan kegiatan dan penghasilan karya yang memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa, agama,warna kulit dan pemikiran di Malaysia, terutamanya di Sabah.
Merangsang kerjasama IPS dengan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang terlibat dalam bidang politik dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh kedua-dua pihak.
Setiausaha Bahagian
Mohd Azren Mohd Zakri
Kumpulan kerja ini berperanan melaksanakan khidmat perwakilan untuk penulis Sabah dan Ikatannya di luar negeri Sabah dan luar negara Malaysia.
Ketua Perwakilan
Dr. Marlenny Deenerwan
Setiausaha Bahagian
Jaidin Zaineh
Duta
Mastari Kanjabun (Australia dan New Zealand)
Nelson Dino (ASEAN)
Dr. Aszlan Selamat (Utara Semenanjung Malaysia)
Wan Azzuar Shah Saaing (Tengah Semenanjung Malaysia)
Mohd Hafiz Abdullah Saini (Selatan Semenanjung Malaysia)
Ilham Yusuf (Sarawak dan Labuan)
Abdul Waie Iman Abdul Kasim (Tugas-tugas Khas)
Muhammad Amin Dzulfikar Mohd Ruslan (Tugas-tugas Khas)
Kumpulan kerja ini berperanan menyelaras pelaksanaan kegiatan, penghasilan karya dan pengupayaan komuniti penulis Sabah di daerah-daerah dalam Bahagian Pantai Barat Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar, Tuaran, Kota Belud dan Ranau.
Ketua Biro
Siti Rahfizah Mihaldin
Kumpulan kerja ini berperanan menyelaras pelaksanaan kegiatan, penghasilan karya dan pengupayaan komuniti penulis Sabah di daerah-daerah dalam Bahagian Kudat, iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Paitan.
Ketua Biro
Vensan Manjim
Kumpulan kerja ini berperanan menyelaras pelaksanaan kegiatan, penghasilan karya dan pengupayaan komuniti penulis Sabah di daerah-daerah dalam Bahagian Pedalaman, iaitu Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook dan Nabawan.
Ketua Biro
Muhammad Farhan Firdaus Nordin
Kumpulan kerja ini berperanan menyelaras pelaksanaan kegiatan, penghasilan karya dan pengupayaan komuniti penulis Sabah di daerah-daerah dalam Bahagian Sandakan, iaitu Telupid, Tongod, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.
Ketua Biro
Junaidah Parudin
Kumpulan kerja ini berperanan menyelaras pelaksanaan kegiatan, penghasilan karya dan pengupayaan komuniti penulis Sabah di daerah-daerah dalam Bahagian Tawau, iaitu Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau dan Kalabakan.
Ketua Biro
Muhammad Firdaus Ibrahim