Fasal 23, Perlembagaan IPS memperuntukkan pelantikan orang-orang yang tertentu sebagai Penaung IPS. Sebagai yang berkenaan, beliau merupakan simbol kepada kedudukan IPS sebagai salah sebuah organisasi yang menggerakkan dan memperjuangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah.
Mesyuarat Agung IPS yang bersidang pada 31 Januari 2026 telah menetapkan Yang Berbahagia Datuk Profesor Ts. Dr. Haji Ramzah bin Dambul sebagai Penaung IPS menurut Fasal 23(2), Perlembagaan IPS berkuat kuasa tarikh tersebut.
Sebelum itu, Mesyuarat Agung IPS yang bersidang pada 13 Januari 2024 telah memutuskan penetapan Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sebagai Penaung IPS menurut Fasal 23(1), Perlembagaan IPS. Sejak IPS ditubuhkan, DBP Cawangan Sabah telah diterajui oleh Datuk Haji Ismail Abbas (Amil Jaya), Zulkifli Salleh, Haji Jamaluddin Haji Mohd Sulong, Haji Hamzah Hamdani, Zaini Ozea, Zubaidi Abas, Hajah Asmiah Haji Ajamain, Aminah Haji Awang Basar dan Jennitah Noordin.
Penetapan tersebut, walau bagaimanapun, telah diberhentikan oleh Mesyuarat Agung IPS yang bersidang pada 31 Januari 2026 melalui resolusi yang dibuat menurut Fasal 15(2), Perlembagaan IPS.
Yang Berbahagia Datuk Profesor Ts. Dr. Haji Ramzah bin Dambul
Catatan: Foto disunting oleh pentadbir laman web menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Aminah Haji Awang Basar
(14 Mac 2024 hingga 15 September 2024)
Jennitah Noordin
(4 November 2024 hingga 31 Januari 2026)