Puisi Adalah...
Apresiasi • Sayembara • Antologi • Wacana
'Puisi Adalah...' (PAL) sudah menjadi inisiatif Ikatan Penulis Sabah (IPS) ketika Hasyuda Abadi masih lagi Ketua Satunya, tepatnya pada tahun 2017 dan 2018. Malah, inisiatif ini pernah mendapat dukungan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta beberapa buah organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain.
Melihat kepada mustahaknya IPS menghidupkan inisiatif yang boleh dijadikan imej dan identitinya, maka mulai tahun 2023, inisiatif PAL diperkenalkan semula. Kali ini, Panitia Penyelenggara PAL akan melaksanakan dua kegiatan setiap bulan, iaitu Baca Puisi Adalah dan Sayembara Puisi Adalah. Para penyair atau pemuisi dari seluruh Malaysia dialu-alukan untuk menyertai acara-acara yang diselenggarakan di bawah inisiatif PAL.
Apresiasi Puisi Adalah...
Para penyair atau pemuisi serta penggiat seni dan sastera diundang untuk menyertai Apresiasi Baca Puisi Adalah pada tarikh dan masa serta di tempat yang ditentukan, tertakluk kepada perubahan yang akan dilakukan oleh Panitia Penyelenggara kemudian.
Sabtu, 29 Julai 2023, jam 11.00 pagi di Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA), Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu. Edisi Julai 2023.
Ahad, 19 Ogos 2023, jam 8.30 pagi di RuPHA; sempena memuliakan kunjungan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran ke RuPHA.
Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 11.00 pagi di RuPHA. Edisi Ogos 2023.
Jumaat, 8 September 2023, jam 2.00 petang di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Kota Kinabalu; sempena Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2023 Peringkat ILPKK.
Sabtu, 16 September 2023, jam 11.00 pagi di Anjung Fikrah, Kampung Seri Aman, Kota Marudu. Edisi September 2023.
Sabtu, 7 Oktober 2023, jam 8.00 pagi di RuPHA. Edisi Oktober 2023 diadakan sempena Maulidur Rasul SAW 1445 Hijri.
Edisi November 2023 ditiadakan.
Ahad, 31 Disember 2023, jam 2.00 petang di RuPHA. Edisi Disember 2023.