Bengkel dan Seminar
Ikatan Penulis Sabah (IPS) komited membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah di peringkat akar umbi. Rentetan daripada itu, IPS turut komited menterjemahkan kepercayaan masyarakat dengan melaksanakan dan menjayakan bengkel dan seminar sastera untuk golongan yang disasarkan.
Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Rendah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022. 15 Julai 2022. Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1, Sandakan. Bengkel ini turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP Sabah).
Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Menengah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022. 16 Julai 2022. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran, Sandakan. Bengkel ini mendapat kerjasama daripada DBP Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan serta melibatkan tiga buah sekolah menengah bawah PPD Sandakan, iaitu SMK Libaran, SMK Elopura dan SMK Gum-Gum.
Bengkel Penghakiman Pantun. 5 Ogos 2022. Sudut Penulis, DBP Sabah, Kota Kinabalu. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan DBP Sabah bertindak sebagai penganjur utama dan bersama.
Bengkel Penulisan Kreatif. 6 Disember 2022. SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Pusat Sumber peringkat sekolah.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada berhasilnya antologi puisi dan cerpen 'Tirai Senja' yang dihasilkan oleh 11 orang pelajar sekolah ini dan diselenggara oleh Ketua Dua IPS, Fauziah Moksin.
Bengkel Kewartawanan. 7 Disember 2022. SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Pusat Sumber peringkat sekolah.
Bengkel Penulisan Puisi. 17 Ogos 2023. Sekolah Menengah St. John, Beaufort. Bengkel ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.
Bengkel ini merupakan titik permulaan kepada antologi puisi 'Tekad Perpaduan' yang dihasilkan oleh 45 orang penulis dari kalangan guru, kakitangan pelaksana dan pelajar sekolah ini. Antologi yang diselenggarakan oleh Ketua Bidang Kemanusiaan sekolah tersebut, Jimran Matkahar, akan diterbitkan tidak lama lagi.
Program Pemekaran Pantun. 8 September 2023. Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). Kursus jangka pendek berdurasi setengah hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif 'Sepanggar Berpantun' yang digerakkan bersama oleh ILPKK, IPS dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi. Tiga buah sekolah di kawasan Parlimen Sepanggar telah dilibatkan, iaitu SMK Bandaraya, SMK Inanam dan SMK Tebobon.
Bengkel Pengkarya Muda. 28 Oktober 2023. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar.
Ada hasrat untuk ikut membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya kita, orang Sabah? Hubungi kami. IPS bukan sahaja organisasi yang menulis dan menerbitkan karya, tetapi juga organisasi yang membina dan mengembangkan nama baik bangsa dan negara menerusi kepelbagaian bahasa, sastera dan budaya. Mari jayakannya bersama barisan jurulatih dan orang sumber (seperti tetapi tidak terhad kepada mereka yang disenaraikan di bawah) yang lahir dari 'kilang' IPS untuk bangsa dan negara.
Hasyuda Abadi
Puisi, cerpen, drama, teater dan esei kritikan sastera
Sahara Jais
Puisi
Mat Congo
Drama, filem dan teater
Rem Dambul
Puisi, esei kritikan sastera, penulisan akademik, seni visual dan identiti etnik Dusun Bunduliwan
Sifu Art
Drama, filem, teater, seni visual dan pengacaraan majlis
Abd. Naddin Shaiddin
Puisi dan penulisan kewartawanan
Mabulmaddin Shaiddin
Puisi, cerpen, novel dan identiti etnik Iranun
Norawi Hj. Kata
Puisi, cerpen dan esei kritikan sastera
Juilis Mokujal
Pendidikan bahasa dan sastera Melayu (menengah)
Ony Latifah Osman
Puisi, penulisan Jawi, seni buatan dan identiti etnik Dusun Kimaragang
Azridah P.S. Abadi
Cerpen
Fauziah Moksin
Pantun dan syair
Rafi Harumin
Puisi dan cerpen
Mohd. Azrone Sarabatin
Cerpen, penulisan kewartawanan dan identiti etnik Bajau Samah
Mohilis
Puisi dan syair
Gaza HS
Identiti etnik Suang Lotud
Juliah Matnoor
Pendidikan bahasa dan sastera Melayu (menengah)
Awang Abdul Muizz Awang Marusin
Puisi, cerpen, nasyid dan penulisan Jawi