Mesyuarat Agung Luar Biasa 2026
telah selamat diadakan
pada Sabtu, 1 Ogos 2026, pukul 2.30 petang
secara dalam talian.
Oleh kerana mesyuarat ini tidak melibatkan liputan media, maka berikut Urus Setia IPS memaklumkan resolusi yang telah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.
Memilih Encik Mohd Azren bin Mohd Zakri sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung.
Melanjutkan tempoh Majlis Tertinggi bagi Penggal 2026-2027 ke 30 Jun 2028 menurut Fasal 30(2), Perlembagaan IPS.
Menggantung sebahagian peruntukan Perlembagaan IPS, iaitu keeksklusifan Lembaga Disiplin bertindak menurut Fasal 12 dan 13, Perlembagaan IPS dan, dengan demikian, memberikan kuasa sementara yang sama kepada Majlis Tertinggi untuk satu tempoh sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang seterusnya bersidang.
Menerima dan mengesahkan laporan Kunjungan Kerja IPS ke Gontor yang telah berlangsung pada 24 Jun hingga 1 Julai 2026.
Mesyuarat Agung ditangguhkan sehingga dipanggil semula mengikut peruntukan Perlembagaan IPS.