Sertai sekarang.
Hantar manuskrip puisi anda kepada hadiah.puisi.kbali@gmail.com
sebelum atau pada pukul 11.59 malam waktu Malaysia (GMT+8),
31 Mac 2026.
Hadiah menanti pemenang!
Hadiah utama berupa wang tunai RM 1,500 untuk seorang penerima.
Hadiah penghargaan berupa wang tunai RM 500 untuk tiga orang penerima.
Ikatan Penulis Sabah (IPS), Malaysia kembali melaksanakan peraduan Hadiah Puisi K. Bali (HPKB) sebagai upaya memperkasakan khazanah persuratan melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi. Hadiah penulisan yang mengambil nama sasterawan tersohor di Sabah, Allahyarham K. Bali, bermatlamat mengukuhkan inisiatif-inisiatif IPS yang sedia ada seperti “Puisi Adalah...”, Sepanggar Membaca dan Sepanggar Berpantun melalui pengiktirafan bertaraf antarabangsa dan penambahan penerbitan buku-buku sastera di Malaysia amnya dan Sabah khasnya.
Peraduan HPKB terbuka kepada semua penulis yang:
Berumur 18 tahun ke atas.
Warga negara rantau Asia Tenggara dan termasuk mereka yang bekerja atau menuntut di negara lain; atau pensyarah atau pelajar program pengajian Melayu di institusi pendidikan tinggi luar rantau Asia Tenggara; atau penutur jati atau fasih bahasa Melayu yang menetap di negara luar rantau Asia Tenggara.
Bukan pemenang Hadiah Utama atau Hadiah Penghargaan HPKB 2023/2024.
Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada manuskrip minimum 50 buah puisi dengan syarat seperti di bawah:
Panjang, tema dan bentuk puisi bebas.
Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan kosa kata bahasa etnik dan antarabangsa dibenarkan dan hendaklah disertai dengan glosari.
Setiap manuskrip wajib diberikan judul dan prakata atau kata pengantar oleh penulis.
Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan fail perisian Microsoft Word (.doc atau .docx). Kesemua puisi perlu dikumpulkan dalam satu fail; dengan maksud, dalam satu fail, perlu ada minimum 50 buah puisi.
Manuskrip yang diikut sertakan dalam HPKB belum pernah diterbitkan secara rasmi oleh mana-mana penerbit yang diiktiraf oleh Pendaftar Global ISBN di seluruh dunia.
Penulis Malaysia yang merangkumkan puisi yang telah disiarkan oleh Panitia Penyelenggara “Puisi Adalah...”, IPS dalam manuskrip hendaklah menyatakan dalam manuskrip, edisi siaran puisi tersebut di Facebook.
Seorang peserta dapat menghantar satu atau lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap puisi hanya layak dimuatkan dalam sebuah manuskrip sahaja.
Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan perakuan secara bertulis bahawa karya-karya penulis merupakan karya asli penulis. Secara tegas dinyatakan bahawa tiada tolak ansur terhadap karya plagiat.
Keputusan peraduan merupakan hak mutlak Panitia Penyelenggara. Panitia Penyelenggara berhak mengubah, membatalkan atau menarik balik sebarang penyertaan atau kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan.
Panitia Penyelenggara berhak mengubah sebarang syarat HPKB mengikut kesesuaian dan keperluan dari semasa ke semasa.
Penulis diminta menyertakan dalam hantaran penyertaan, maklumat peribadi yang berikut:
Nama penuh (dalam huruf BESAR).
Nama pena (jika ada; jika tiada, abaikan).
Nombor MyKad (untuk peserta Malaysia) atau nombor pasport (untuk peserta luar Malaysia).
Nombor telefon (yang boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp).
Alamat surat-menyurat.
Semua karya yang diterima oleh Panitia Penyelenggara akan dinilai oleh Panel Juri yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masing-masing. Karya yang berjaya melepasi saringan berpeluang meraih hadiah.
Karya pemenang HPKB berpeluang untuk diterbitkan di bawah label IPS dengan diberikan ISBN dan kod QR CIP. Panitia Penyelenggara berhak menyunting, menyarankan penyuntingan atau membuat sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menjaga kualiti karya.
Penyertaan HPKB dibuka dari 15 September 2025 hingga 31 Mac 2026.
Boleh, asalkan menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh Panitia Penyelenggara HPKB.
Boleh kerana anda dianggap berusia 18 tahun pada tahun 2026 walaupun tarikh lahir anda melewati 31 Mac 2026.
Boleh.
Boleh.
Boleh, asalkan menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh Panitia Penyelenggara HPKB.
Tidak boleh.
Sediakan 50 buah puisi (atau lebih).
Rangkumkan kesemua 50 buah puisi (atau lebih) dalam satu fail Microsoft Word (jenis .doc atau .docx sahaja).
Sertakan judul dan prakata atau kata pengantar bagi manuskrip yang hendak diikut sertakan.
Sertakan maklumat peribadi peserta dan perakuan keaslian karya dalam e-mel. (Panitia Penyelenggara sarankan agar maklumat peribadi peserta disediakan dan perakuan keaslian karya disediakan dalam dua fail Microsoft Word yang berbeza.)
Kirimkan e-mel (berserta manuskrip sebagai lampiran) kepada hadiah.puisi.kbali@gmail.com sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.
Boleh, dengan syarat penulis menyatakan nama surat khabar yang menerbitkan puisi yang berkenaan dan tarikh puisi yang berkenaan diterbitkan dalam surat khabar yang dinyatakan.
Boleh, dengan syarat:
Jika karya anda diterbitkan oleh penerbit dalam bentuk buku, pastikan tidak ada ISBN dan kod QR CIP diberikan atas buku yang memaparkan karya anda yang berkenaan; atau
Jika karya anda diterbitkan oleh penerbit dalam majalah, pastikan tidak ada ISSN diberikan atas majalah yang memaparkan karya anda.
Jika anda penulis Malaysia yang mempunyai puisi yang dipaparkan dalam Facebook oleh Panitia Penyelenggara "Puisi Adalah...", IPS, nyatakan edisi terbitannya oleh panitia berkenaan di Facebook dan pastikan karya tersebut belum diterbitkan dalam bentuk buku atau majalah oleh IPS.
Tidak boleh jika karya anda diterbitkan dalam buku yang mempunyai ISBN dan kod QR CIP atau dalam majalah yang mempunyai ISSN.
Tidak boleh. Fail yang diterima oleh Panitia Penyelenggara HPKB hanyalah berbentuk .doc atau .docx sahaja.
Juri HPKB merupakan individu profesional yang dilantik oleh Panitia Penyelenggara HPKB dari dalam dan luar Sabah untuk melakukan penilaian ke atas manuskrip-manuskrip yang diterima oleh Panitia Penyelenggara HPKB sehingga tarikh tutup penyertaan.
Penjurian dijalankan selama enam hingga lapan bulan dari tarikh tutup penyertaan melalui empat peringkat, iaitu saringan, suku akhir, separuh akhir dan akhir, dan oleh empat panel juri yang berbeza yang dilantik oleh Panitia Penyelenggara HPKB.
Boleh, tetapi manuskrip yang dihantar dalam peraduan HPKB yang lepas, hendaklah dihantar semula sebagai penyertaan baharu dalam peraduan HPKB sesi ini dan hendaklah dipastikan telah ditambah baik bagi tujuan penyertaan dalam peraduan HPKB sesi ini.
Boleh jika dipersetujui bersama oleh penulis manuskrip dan Pihak Berkuasa Penerbitan IPS. Walaupun begitu, penerbitan hanya dilaksanakan setelah manuskrip yang memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Penghargaan HPKB siri ini diterbitkan oleh Pihak Berkuasa Penerbitan IPS.
Panitia Penyelenggara HPKB memaklumkan perkembangan peraduan HPKB melalui saluran ini sahaja:
Sila mohon menjadi teman (friend request) kepada profil-profil tersebut untuk membolehkan anda mendapat akses kepada perkembangan peraduan HPKB. Pastikan anda memiliki akaun Facebook yang aktif bagi tujuan ini dan, jika belum, sila daftarkan diri anda dengan Facebook.
Hubungi Urus Setia IPS atau mana-mana Penyelenggara HPKB secara langsung.