Sesuai resolusi Mesyuarat Agung Ikatan Penulis Sabah (IPS) yang bersidang pada 31 Januari 2026, "Penulis Sabah Berwibawa" ditetapkan sebagai dasar IPS. Walaupun begitu, Kertas Dasar yang menerangkan "Penulis Sabah Berwibawa" belum dikeluarkan pada masa ini. Meskipun begitu, "Penulis Sabah Berwibawa" telah menjadi idea yang diterjemahkan dalam salah sebuah lagu identiti penulis Sabah dan dikukuhkan dengan penetapan 10 prinsipnya pada 23 November 2025 hasil Pemukiman Urus Setia IPS di Ranau.
SATU: Penulis Sabah meraikan keterangkuman.
DUA: Penulis Sabah mengutamakan keharmonian.
TIGA: Penulis Sabah mengapresiasi kepelbagaian.
EMPAT: Penulis Sabah mempertahankan adab dan etika.
LIMA: Penulis Sabah memegang teguh profesionalisme.
ENAM: Penulis Sabah mengangkat martabat belia.
TUJUH: Penulis Sabah menekankan siap siaga.
LAPAN: Penulis Sabah mengamalkan ketelusan dan kestabilan.
SEMBILAN: Penulis Sabah menjaga keselamatan data dan ketepatan fakta.
SEPULUH: Penulis Sabah berjiwa Malaysia dan bersemangat antarabangsa.
PENULIS SABAH BERWIBAWA
Komposer: Suno AI
Penulis lirik: Amza
Di bawah langit Borneo biru
jiwa bangkit bersemangat baru
melarik kata dan makna jitu
Penulis Sabah tekal selalu
Ketika matahari menjelma
wajah melihat senyum gembira
tetap indah walau waktu senja
Penulis Sabah tetap setia
Kota dan desa, laut dan udara
menyaksi gema angkasa buana
pena meninta cita dan cinta
Penulis Sabah yang berwibawa
Belajar untuk pandaikan ummah
berbakti hingga hasil membuah
berkongsi hingga semua bertuah
Penulis Sabah berwasatiyyah
Meski nanti malam mendatang
hujan turun melindung bintang
aman hilang diserang bimbang
Penulis Sabah tetap berjuang
© Suno AI, 2025