Sesuai dengan ketentuan Fasal-fasal 7(1)(k) dan 18(1)(a), Perlembagaan Ikatan Penulis Sabah, suatu anugerah yang dinamakan Pingat Penulis Sabah (PPS) dizahirkan secara rasmi oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada 18 Disember 2023. Pingat Penulis Sabah merupakan bentuk penghargaan dan pengiktirafan IPS sebagai masyarakat kepada ahli dan bukan ahli IPS di dalam dan luar Sabah yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang terbaik kepada IPS, masyarakat, bangsa dan negara dalam bidang-bidang yang diceburi oleh Ikatan.
PPS terbahagi kepada empat kelas pingat dan dua kelas sijil, iaitu PPS (Utama), PPS (Panglima), PPS (Satria), PPS (Bintara), Sijil Kepujian Penulis Sabah dan Sijil Bakti Penulis Sabah. Semua penerima PPS ditetapkan oleh Ketua Satu IPS pada bila-bila masa yang bersesuaian, sesuai dengan ketentuan Fasal 18(1)(a), Perlembagaan IPS dan Arahan Pingat Penulis Sabah No. 6.
Pingat ini dianugerahkan hanya kepada ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna, berterusan dan berimpak amat tinggi kepada bangsa dan negara dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini biasanya seseorang yang diiktiraf sebagai tokoh oleh Kerajaan atau organisasi antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan. Penerima pingat ini menerima selepang emas, pingat emas dan watikah penganugerahan.
Pingat ini dianugerahkan kepada ahli dan bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna, berterusan dan berimpak tinggi kepada bangsa dan negara dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini menerima pingat emas dan watikah penganugerahan.
Ketua Satu IPS menerima Pingat ini secara automatik berserta selepang merah menurut Arahan Pingat Penulis Sabah No. 15. Ketua Dua IPS, apabila diputuskan menerima Pingat ini, turut dianugerahkan selepang biru. Penaung dan Pengerusi, Majlis Penasihat IPS menerima Pingat ini secara automatik menurut Arahan Pingat Penulis Sabah 17.1 tiga bulan selepas dilantik.
Pingat ini dianugerahkan kepada ahli dan bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna, berterusan dan berimpak kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini menerima pingat perak dan watikah penganugerahan.
Ketua Dua IPS menerima Pingat ini secara automatik berserta selepang biru menurut Arahan Pingat Penulis Sabah No. 16 dengan syarat tidak pernah dianugerahkan Pingat yang lebih tinggi daripada Pingat ini. Pengerusi, Mesyuarat Agung; Pengerusi, Lembaga Disiplin; Wakil Ketua Satu, Wakil Ketua Dua, Setiausaha Satu, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengurus Besar IPS menerima pingat ini secara automatik menurut Arahan Pingat Penulis Sabah 17.2 tiga bulan selepas dilantik dengan syarat tidak pernah dianugerahkan Pingat yang lebih tinggi daripada Pingat ini.
Pingat ini dianugerahkan kepada ahli dan bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna dan berimpak kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini menerima pingat gangsa dan watikah penganugerahan.
Setiausaha Dua, Penolong Bendahari, Juruaudit Dalaman, Timbalan Pengurus Besar, Ketua Perwakilan, Ketua Pemuda dan Setiausaha kepada Ketua Satu IPS menerima pingat ini secara automatik menurut Arahan Pingat Penulis Sabah 17.3 tiga bulan selepas dilantik dengan syarat tidak pernah dianugerahkan Pingat yang lebih tinggi daripada Pingat ini.
Sijil ini dianugerahkan hanya kepada ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi.
Sijil ini dianugerahkan hanya kepada bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi.
Sejak pertama kali dizahirkan dan sehingga 17 Jun 2026, seramai 809 orang ahli dan bukan ahli IPS telah dinamakan sebagai penerima PPS. Mereka terdiri daripada:
Tiga orang penerima PPS (Utama).
48 orang penerima PPS (Panglima).
70 orang penerima PPS (Satria).
138 orang penerima PPS (Bintara).
36 orang penerima Sijil Kepujian Penulis Sabah.
514 orang penerima Sijil Bakti Penulis Sabah.
Sejak pertama kali dizahirkan dan sehingga 17 Jun 2026, seramai 388 orang ahli dan bukan ahli IPS telah menerima PPS, iaitu:
Dua orang penerima PPS (Utama).
29 orang penerima PPS (Panglima).
46 orang penerima PPS (Satria).
88 orang penerima PPS (Bintara).
27 orang penerima Sijil Kepujian Penulis Sabah.
196 orang penerima Sijil Bakti Penulis Sabah.
Tekan pautan yang berikut untuk membaca dokumen yang berkaitan dengan PPS.
2023
2024
Senarai penerima PPS, 9 Julai 2024 (Berkuat kuasa pada 1 Julai 2024)
Senarai penerima PPS, 17 Ogos 2024 (Berkuat kuasa pada 26 Julai 2024)
Senarai penerima PPS, 17 Ogos 2024 (Berkuat kuasa pada 13 Ogos 2024)
Senarai penerima PPS, 12 Oktober 2024 (Berkuat kuasa pada 10 Oktober 2024)
Senarai penerima PPS, 12 Oktober 2024 (Berkuat kuasa pada 13 Oktober 2024)
Senarai penerima PPS, 11 November 2024 (Berkuat kuasa pada 10 November 2024)
Senarai penerima PPS, 8 Disember 2024 (Berkuat kuasa pada 28 November 2024)
Senarai penerima PPS, 8 Disember 2024 (Berkuat kuasa pada 29 November 2024)
Senarai penerima PPS, 8 Disember 2024 (Berkuat kuasa pada 9 Disember 2024)
2025
Senarai penerima PPS, 11 April 2025 (Berkuat kuasa pada 8 Januari 2025)
Senarai penerima PPS, 11 April 2025 (Berkuat kuasa pada 11 Januari 2025)
Senarai penerima PPS, 11 April 2025 (Berkuat kuasa pada 12 Februari 2025)
Senarai penerima PPS, 11 April 2025 (Berkuat kuasa pada 26 Mac 2025)
Senarai penerima PPS, 29 Mei 2026 (Berkuat kuasa pada 31 Disember 2025)
2026