Seksyen 7(3)(e), Akta Pertubuhan 1966 meletakkan Perlembagaan IPS yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Agung IPS dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai dokumen perundangan utama bagi IPS. Oleh kerana itu, Perlembagaan IPS memiliki fungsi mewujudkan dokumen perundangan subsidiari bagi mengawal pentadbiran dan penjalanan pertubuhan tersebut. Dokumen-dokumen yang disenaraikan di sini merupakan turunan daripada fasal tertentu dalam Perlembagaan IPS.
Dasar "Kota Kinabalu, Kota Sastera Masa Hadapan " — ditetapkan oleh Mesyuarat Agung IPS pada 11 Januari 2025.
Wawasan Penulis Sabah 2030 — ditetapkan oleh Mesyuarat Agung IPS pada 11 Januari 2025.
Dasar "Penulis Sabah Berwibawa" — disyorkan oleh Urus Setia IPS pada 23 November 2025 dan ditetapkan oleh Mesyuarat Agung IPS pada 31 Januari 2026.
Deklarasi Penulis Sabah — ditetapkan oleh Mesyuarat Agung IPS pada 11 Januari 2025.
Arahan Dalam Negeri — berkuat kuasa sejak 4 Januari 2026.
Arahan Eksport dan Import — berkuat kuasa sejak 4 Januari 2026.
Arahan Luar Negeri — berkuat kuasa sejak 4 Januari 2026.
Arahan Perlambangan — berkuat kuasa sejak 1 September 2025.
Arahan Penerbitan — berkuat kuasa sejak 22 Disember 2024.
Tambahan kepada Arahan Penerbitan — berkuat kuasa sejak 26 Mei 2026.
Arahan Pingat Penulis Sabah — berkuat kuasa sejak 2 Jun 2026 dan memberi kesan kepada semua penerima Pingat Penulis Sabah yang dinamakan sejak 18 Disember 2023.
Arahan Sukarelawan — berkuat kuasa sejak 4 Januari 2026.
Penetapan Sukarelawan sebagai Ahli Bersekutu — berkuat kuasa sejak 2 Januari 2026 dan melibatkan sukarelawan IPS yang dilantik sebelum 31 Disember 2025 dan berstatus aktif pada 31 Disember 2025. [Terhad]