Buku terbitan 2023

DAPATKAN SEGERA.

SEMENTARA MASIH ADA.

Tekan di sini untuk ke Kedai Maya IPS.

Ikatan Penulis Sabah (IPS) merupakan Penerbit yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sebagai yang demikian, IPS memudahcara para penulis dari kalangan ahli, kakitangan urus setia dan sahabat IPS serta pelanggan yang berurusan dengan IPS Enterprise untuk menghasilkan buku.

IPS mempunyai orang-orang sumber yang berfungsi memberikan nasihat dan saranan yang membina dan mengembangkan sesebuah manuskrip menjadi buku yang dihasratkan oleh penulis, baik manuskrip tersebut baru dirancang atau sedang ditulis. IPS Enterprise, sebagai Badan Usaha IPS, juga menyediakan perkhidmatan menyunting dan mengatur huruf manuskrip yang akan dijadikan buku serta percetakan buku yang telah siap ditulis, disemak, disunting dan dibuat aturan huruf.

Semua buku yang diterbitkan menggunakan label IPS didaftarkan dengan PNM oleh IPS, diberikan nombor ISBN dan data pengkatalogan-dalam-penerbitan (dalam bentuk kod QR) oleh PNM. 

Kumpulan Puisi 'Bintang Mimpi'

Awang Abdul Muizz Awang Marusin, 2023
ISBN 978-983-2372-08-0

Ketika bintang itu muncul dengan terang, hati kita menjadi amat girang. Walaupun bintang itu tidak pandai berkata-kata, kita tetap bersuara menyatakan rasa riang. Namun, sekiranya bintang itu tidak muncul pada suatu malam, mungkin sahaja kerana mendung atau hujan, kita tetap melihat ke langit malam seolah-olah bintang itu ada di sana. Bintang itu boleh menjadi sesiapa sahaja yang membuatkan kita beraspirasi dan berinspirasi.

Antologi Puisi dan Cerpen Putera Puteri SMK SANZAC 'Tirai Senja'

Penyelenggara: Fauziah Moksin, 2023
ISBN 978-983-2372-09-7

Antologi ini merupakan bukti yang nyata kepada bakat 11 orang penulis muda daripada Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC, Kota Kinabalu dan dedikasi yang mereka persembahkan dalam dunia sastera. Dalam setiap halaman antologi ini, kita akan menemukan keberagaman cerita dan perasaan yang disampaikan oleh mereka. Puisi-puisi mereka memberikan gambaran tentang perjalanan hidup, mimpi-mimpi, kepedihan, kegembiraan dan harapan yang membawa kita dalam perjalanan melintasi tirai senja kehidupan.

Buku ini boleh juga didapati di Koperasi SMK SANZAC Berhad di Sembulan, Kota Kinabalu.

Kumpulan Puisi 'Hutan Ayah'

Hasyuda Abadi, 2023
ISBN 978-983-2372-10-3

Secara keseluruhan, puisi-puisi Hasyuda Abadi, menurut Narudin, seorang pengkritik sastera Indonesia, telah menampilkan kritik atau protes sosial secara tematik. Jika diperiksa secara estetik, pencapaian Hasyuda Abadi sangat ramah dalam hal memilih kata-kata dan menggabungkan kata-kata itu agar kaya secara bunyi atau citra akustik (“signifier”, dalam kajian teori Semiotik).

Keprolifikan Hasyuda Abadi dalam melahirkan lebih seribu buah puisi tidak dapat disembunyikan lagi. Kebolehannya melahirkan puisi-puisi dalam pelbagai dimensi berkaitan dakwah dan kritik sosio-politik membantu memperkayakan lagi khazanah sastera Melayu.

Kumpulan Puisi "Hutan Ayah" merupakan buku puisi Hasyuda Abadi yang ke-11 telah dihasilkannya. Buku ini adalah rumus pemikiran-pemikiran yang lahir dalam belukar kehidupannya. Suatu hutan kehidupan yang rencam, ‘hutan ayah’ yang mengajarkan sejumlah perjalanan. Bukankah menikmati merupakan hal ghaib yang sukar dibicarakan dalam bentuk kata-kata? Pertanyaan ini dapat dijawab setelah menghadam puisi-puisi di sini:

semakin memaknai perjuangan
hutan terus menggelorai
setiap detak rahsia fikir.

Usrah: Sebuah Perjalanan

Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Muhammad Faizhaziq Mohd Sarizam & Muhammad Muizzuddin Ramlan, 2023
ISBN 978-983-2372-11-0

Salah seorang penulis buku ini mendapat pengaruh daripada gerakan Usrah di Malaysia seawal tahun 2007, setahun selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd. Said (SHAMS), Seremban memperkenalkan sukatan Usrah Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) untuk semua SMKA di seluruh Malaysia. Bayangkan, usaha untuk mencitrakan budaya Usrah ke semua institusi pendidikan agama bawah Kementerian Pendidikan Malaysia hanya mula menampakkan hasilnya selepas 15 tahun usaha tersebut dimulakan oleh Persatuan Pelajar Islam SMKA SHAMS! BADAR pula dipercayai hanya rasmi wujud di SMKA SHAMS pada tahun 1999.

Ada baiknya sesekali kita berterima kasih kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang yang dikatakan mewujudkan BADAR seawal tahun 1967 dan membudayakan Usrah seawal itu juga. Faktanya, KISAS merupakan perintis kepada gerakan Usrah dalam kalangan anak muda di tanah air, bermula dari sekolah berasrama penuh sehingga ke SMKA dan akhirnya diperluaskan kepada sekolah-sekolah menengah harian biasa yang terpilih di seluruh negara. Beliau hanya menjamah dan meneguk hasil yang telah dituai oleh KISAS dan SMKA SHAMS dalam hal ini.

Meneroka Hasyuda Abadi: Sudut Pandang Pengamat Sastera

Penyelenggara: Awang Abdul Muizz Awang Marusin, 2023
ISBN 978-983-2372-12-7

Dalam dunia sastera, kita seringkali mengenali penulis melalui kepakaran mereka dalam menyusun kata-kata menjadi cerita yang memikat, puisi yang menggetarkan, atau drama yang menarik. Namun, dalam buku ini, kita diberikan kesempatan yang langka untuk melihat karya-karya Hasyuda Abadi dari sudut pandang para pengamat yang menghargai keindahan dan kedalaman dalam karya sastera.

Antologi Puisi Putera Puteri SMK Badin 'Pena yang Melukis Impian'

Penyelenggara: Fauziah Moksin, 2023
ISBN 978-983-2372-13-4

Kita sering mendengar bahawa anak-anak merupakan masa depan negara. Tetapi di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran, kita melihat bukti yang nyata bahawa anak-anak juga mampu mengilham dan mencipta masa kini. Mereka telah berjaya melukis impian mereka di atas kanvas puisi dengan bimbingan seorang guru yang berdedikasi. Melalui karya ini, kita akan melihat dunia melalui mata mereka, dunia yang penuh dengan impian dan aspirasi.

Antologi Puisi 'Tekad Perpaduan'

Penyelenggara: Jimran Matkahar, 2023
ISBN 978-983-2372-14-1

‘Tekad Perpaduan’ bukan sahaja sebuah tekad yang berterusan, tetapi suatu hakikat yang warga Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Beaufort telah dan masih rayakan. Kekuatan sekolah tersebut ternyata terletak pada perpaduan dan integrasi warganya. Kekuatan itulah yang diyakini oleh pelbagai individu dan organisasi sebagai pemacu kepada kejayaan yang lebih banyak dan lebih besar pada masa hadapan. Oleh itu, pesanan ini besar ertinya kepada para penulis, pembaca dan peneliti:


Bersama kita membina masa hadapan

Bersatulah kita ke arah wawasan

ke puncak juga kita makmurkan

kerana perpaduan teras kejayaan


– Ria Valerie, Tekad Perpaduan