Mesyuarat Agung Tahunan 2026
telah selamat diadakan pada
Sabtu, 31 Januari 2026, pukul 9.00 pagi
di Dangau Sastera, Sepanggar, Kota Kinabalu.
Oleh kerana mesyuarat ini tidak melibatkan liputan media, maka berikut Urus Setia IPS memaklumkan resolusi yang telah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.
Memberhentikan dengan hormat Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah daripada terus menjadi Penaung IPS.
Mengangkat Yang Berbahagia Datuk Profesor Ts. Dr. Haji Ramzah bin Dambul atas nama peribadi beliau sebagai Penaung IPS.
Memerintahkan Ketua Satu membentang kepada ahli-ahli kertas dasar mengenai gagasan "Penulis Sabah Berwibawa".
Mewajibkan ahli atau sukarelawan IPS membuat laporan bertulis mengenai kegiatan yang melibatkan perjalanan ke luar negara dengan belanja yang ditanggung oleh IPS melebihi RM 2,000.
Mendaftarkan dirinya sebagai Ahli, Majlis Media Malaysia menurut Seksyen 7(2), Akta Majlis Media Malaysia 2025.
Mesyuarat Agung ditangguhkan sehingga 31 Januari 2027 atau sehingga dipanggil semula mengikut peruntukan Perlembagaan IPS.