Mesyuarat Agung Tahunan 2025
telah selamat diadakan pada
Sabtu, 11 Januari 2025, pukul 9.00 pagi
di Rumah Puisi Hasyuda Abadi, Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu.
Oleh kerana mesyuarat ini tidak melibatkan liputan media, maka berikut Urus Setia IPS memaklumkan resolusi yang telah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.
Memerintahkan Ketua Satu membentang kepada ahli-ahli kertas dasar mengenai pencalonan Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera UNESCO dan Wawasan Penulis Sabah 2030.
Menetapkan "Kembali ke Akar" iaitu ziarah akar umbi terhadap sasterawan veteran Sabah sebagai inisiatif IPS hasil Mesyuarat Agung ini.
Menugaskan IPS sebagai pemain industri pelancongan sastera di Sabah.
Mengisytiharkan Deklarasi Penulis Sabah.
Mengiktiraf Rumah Alm. Datuk Haji Shuhaibun Yussuf di Kampung Pengalat Kecil, Papar sebagai "Dangau Budaya" mulai 15 Januari 2000 atau tarikh yang lebih awal ditetapkan oleh keluarga alm. Datuk Shuhaibun.
Memasyhurkan Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA) dan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam (termasuk Pustaka Iqbal Nazim, Dewan an-Nur, Akademi RuPHA dan pejabat IPS) sebagai "Dangau Sastera" mulai 1 Januari 2025.
Menetapkan 1 Januari sebagai Hari Dangau Budaya mulai 2025 dan Hari Dangau Sastera mulai 2026.
Mesyuarat Agung ditangguhkan sehingga 11 Januari 2026 atau sehingga dipanggil semula mengikut peruntukan Perlembagaan Ikatan, mana-mana yang terdahulu.