Laporan Tahunan IPS 2023 yang terdiri daripada Laporan Setiausaha Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada 31 Disember 2023 dan Laporan Bendahari IPS bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 telah diterima dan disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2023 pada 13 Januari 2024.
Laporan ini dikeluarkan menurut Seksyen 14(1)(d) dan (e), Akta Pertubuhan 1966. Laporan Tahunan IPS ini penting untuk memberi gambaran sebenar terhadap kedudukan IPS sepanjang tahun yang dinyatakan. Laporan Tahunan IPS ini membuat rujukan kepada piawaian yang dikeluarkan oleh Inisiatif Pelaporan Sejagat (GRI). Dalam erti kata yang lain, Laporan Tahunan IPS ini dipetakan dan dipadankan dengan piawaian GRI seperti yang berikut:
GRI 2: Pendedahan Umum 2021
Pendedahan 2-29: Penglibatan Pihak Berkepentingan
GRI 201: Prestasi Ekonomi 2016
Pendedahan 201-1: Nilai ekonomi langsung yang dihasilkan dan diagihkan
Pendedahan 201-4: Bantuan kewangan yang diterima daripada pemerintah
GRI 404: Latihan dan Pendidikan
GRI 413: Komuniti Tempatan
Pendedahan 413-1: Operasi melalui libat urus dengan komuniti tempatan, penilaian impak dan program pembangunan
Laporan ini dikeluarkan dalam bahasa Melayu sahaja. Ringkasan eksekutif tidak disertakan.