Laporan Tahunan IPS 2022 yang terdiri daripada Laporan Setiausaha Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada 31 Disember 2022 dan Laporan Bendahari IPS bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 telah diterima dan disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2023 pada 21 Januari 2023.
Laporan ini dikeluarkan menurut Seksyen 14(1)(d) dan (e), Akta Pertubuhan 1966. Laporan Tahunan IPS ini penting untuk memberi gambaran sebenar terhadap kedudukan IPS sepanjang tahun yang dinyatakan.
Laporan ini dikeluarkan dalam bahasa Melayu sahaja. Ringkasan eksekutif tidak disertakan.