Mesyuarat Agung IPS yang bersidang pada 11 Januari 2025 mengisytiharkan Deklarasi Penulis Sabah bagi pihak semua ahli, sukarelawan dan sahabat IPS. Ketua Satu IPS selanjutnya menetapkan deklarasi tersebut sebagai lambang IPS menurut Fasal 15(2), Perlembagaan IPS.
Dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab, kami mengaku:
bertakwa kepada Tuhan yang Maha Kuasa;
taat dan setia kepada Negara, Raja dan Pembesar Memerintah, Kerajaan dan rakyat jelata;
berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara;
mendukung bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa etnik tempatan Sabah dan bahasa antarabangsa;
menjunjung tinggi budaya dan tradisi semua bangsa dan masyarakat yang membentuk Malaysia;
menyokong usaha semua individu dan golongan yang mendukung penulisan demi keluhuran dan kepentingan bangsa, negara dan dunia;
berpegang kepada prinsip wasatiyyah dan istiqamah dalam menghasilkan impak yang tinggi kepada diri dan masyarakat yang mengelilingi; dan
bersahabat dengan negara dan rakyat yang bersahabat dengan Malaysia sama ada di lapangan penulisan atau di lapangan selainnya.
Kota Kinabalu, 11 Januari 2025