Majalah Komposisi
Majalah Komposisi merupakan majalah bertemakan bahasa, sastera dan budaya yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS). Majalah yang memuatkan penulisan-penulisan kewartawanan, kesusasteraan dan akademik ini bertujuan menggalakkan para penulis Sabah untuk melontarkan pemikiran dan pandangan mengenai isu-isu semasa dan memberi peluang kepada para penulis Sabah, khususnya ahli-ahli IPS, untuk menyumbang karya-karya sastera yang lebih segar, mesra pembaca dan layak meraih pengiktirafan yang bersesuaian pada masa hadapan.
Majalah ini telah mendapat kelulusan daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk diterbitkan secara dalam talian dengan nombor e-ISSN 2976-2979. Mulai 1 Januari 2023, majalah ini akan diterbitkan lima kali setahun. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Pejabat Penerangan IPS menerusi e-mel di alamat azrone75<at>gmail<dot>com atau hubungi Urus Setia IPS menerusi e-mel di alamat admin<at>ikatanpenulissabah<dot>org.
Edisi 2/2023
Telah diterbitkan pada 22 Mac 2023
Sorotan utama:
Lebih 40 tahun Hasyuda Abadi mencenderungi dunia sastera
IPS, DUN Membakut bakal terbitkan lima buah buku
Hayati Malaysia Madani, terjemahkan dalam penulisan
Edisi 1/2023
Telah diterbitkan pada 1 Januari 2023
Sorotan utama:
Hasyuda Abadi Sasterawan Negeri Sabah ke-3
Enam orang ahli IPS menang Hadiah Sastera Sabah 2020/2021
Sejarah baharu genre penulisan puisi semiotik
Edisi seterusnya dijadualkan penerbitannya seperti berikut:
Edisi 3/2023 - bulan Jun 2023
Edisi 4/2023 - bulan September 2023
Edisi 5/2023 - bulan November 2023
Edisi 1/2024 - bulan Januari 2024
Edisi 2/2024 - bulan Mac 2024
Tertakluk kepada perubahan yang akan dilakukan kemudian oleh Sidang Redaksi Majalah.
Sidang Redaksi Majalah
Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Abd. Naddin Shaiddin & Mohd. Azrone Sarabatin