Bengkel dan Seminar
Ikatan Penulis Sabah (IPS) komited membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah di peringkat akar umbi. Rentetan daripada itu, IPS turut komited menterjemahkan kepercayaan masyarakat dengan melaksanakan dan menjayakan bengkel dan seminar sastera untuk golongan yang disasarkan.
Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Rendah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022. 15 Julai 2022. SK Sungai Anib 1, Sandakan. Bengkel ini turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP Sabah).
Bengkel Penulisan Kreatif (Sekolah Menengah) sempena Jerayawara Sastera Sandakan 2022. 16 Julai 2022. SMK Libaran, Sandakan. Bengkel ini turut mendapat kerjasama daripada DBP Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan.
Bengkel Penghakiman Pantun. 5 Ogos 2022. Sudut Penulis, DBP Sabah, Kota Kinabalu. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan DBP Sabah bertindak sebagai penganjur utama dan bersama.
Bengkel Penulisan Kreatif. 6 Disember 2022. SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Pusat Sumber peringkat sekolah.
Bengkel Kewartawanan. 7 Disember 2022. SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu dan Hari Pusat Sumber peringkat sekolah.
Ada hasrat untuk ikut membina dan mengembangkan bahasa, sastera dan budaya kita, orang Sabah? Hubungi kami. IPS bukan sahaja organisasi yang menulis dan menerbitkan karya, tetapi juga organisasi yang membina dan mengembangkan nama baik bangsa dan negara menerusi kepelbagaian bahasa, sastera dan budaya. Mari jayakannya bersama barisan jurulatih dan orang sumber (seperti tetapi tidak terhad kepada mereka yang disenaraikan di bawah) yang lahir dari 'kilang' IPS untuk bangsa dan negara.
Hasyuda Abadi
Puisi, cerpen, drama, teater dan esei kritikan sastera
Sahara Jais
Puisi
Mat Congo
Drama, filem dan teater
Rem Dambul
Puisi, esei kritikan sastera, penulisan akademik, seni visual dan identiti etnik Dusun Bunduliwan
Sifu Art
Drama, filem, teater, seni visual dan pengacaraan majlis
Abd. Naddin Shaiddin
Puisi dan penulisan kewartawanan
Mabulmaddin Shaiddin
Puisi, cerpen, novel dan identiti etnik Iranun
Norawi Hj. Kata
Puisi, cerpen dan esei kritikan sastera
Juilis Mokujal
Pendidikan bahasa dan sastera Melayu (menengah)
Ony Latifah Osman
Puisi, penulisan Jawi, seni buatan dan identiti etnik Dusun Kimaragang
Azridah P.S. Abadi
Cerpen
Fauziah Moksin
Pantun dan syair
Rafi Harumin
Cerpen
Mohd. Azrone Sarabatin
Cerpen, penulisan kewartawanan dan identiti etnik Bajau Samah
Mohilis
Puisi dan syair
Gaza HS
Identiti etnik Suang Lotud
Juliah Matnoor
Pendidikan bahasa dan sastera Melayu (menengah)
Awang Abdul Muizz Awang Marusin
Puisi, cerpen, nasyid dan penulisan Jawi